Ms:Tag:highway=trunk
highway = trunk |
Huraian |
---|
Lebuh raya utama yang bukannya lebuh raya ekspres. |
Rendering |
Kelompok: Highways |
Digunakan pada unsur-unsur ini |
Membabitkan |
Gabungan berguna |
Lihat juga |
Status: de facto |
Peralatan |
Tag ini khusus untuk lebuh-lebuh raya yang tidak menepati ciri-ciri yang digariskan untuk tag highway=motorway. Pendek kata, tag ini khusus untuk lebuh raya seperti Lebuhraya Persekutuan. Hampir semua jenis lebuh raya ini dikendalikan bawah kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan kecuali Lebuhraya Persekutuan (diselia oleh PLUS Expressway Berhad).
Ciri-ciri lebuh raya sebegini menurut JKR:
- geometri jalan berkualiti tinggi
- klasifikasi U5/R5
- untuk jarak perjalanan yang sederhana dan jauh
- had laju sederhana iaitu 80 km/j
- kawalan capaian separa (terhad) - sama ada persimpangan bertingkat atau persimpangan satu aras dengan lampu isyarat
Terdapat satu lagi ciri yang digariskan oleh pihak JKR yakni sesetengah lebuh raya dibina dengan laluan terpisah ( jalan kembar dengan pembahagi jalan). Sekiranya ini turut diambil kira, hampir seluruh jalan persekutuan layak diberi tag ini. Namun begitu, diingatkan bahawa piawai tag jalan-jalan raya di Malaysia haruslah setara dengan piawai jalan-jalan antarabangsa.
Di Thailand, tag ini dikhususkan kepada lebuh raya (berkawalan separa dan tanpa tol) dengan pembahagi jalan sepenuhnya. Perlu diingatkan yang lebuh raya ekspres di Thailand hanyalah dibina di kawasan bandar raya Bangkok sahaja.
Manakala di Singapura, lebuh raya bukan ekspres (semi-expressway) pula diletakkan tag ini.
Maka tag highway=trunk ini khusus untuk lebuh raya tertentu. Misalnya, bukan seluruh Laluan Persekutuan 1 boleh diletakkan tag ini atas sebab kawalan masuk yang tidak terhad terutamanya di kawasan luar bandar. Sebahagian Laluan Persekutuan yang merentasi kawasan Lembah Kelang dan kota raya Johor Bahru, contohnya, boleh ditanda dengan tag highway=trunk. Bahagian-bahagian lain boleh ditanda dengan tag highway=primary
Selain itu juga, papan tanda yang digunakan di lebuh raya ini berlatar belakang warna biru dengan tulisan berwarna putih.
Langkah-langkah pemetaan
Sila rujuk rajah yang disisipkan di sebelah kanan. Pastikan arah laluan yang betul (Malaysia memandu di sebelah kanan), rajah sisipan (bagi trafik pemandu sebelah kiri) sekadar menggambarkan panduan asas.
Bagi jalan berkembar, buat dua garisan untuknya. Tandakan arah trafik dengan tag oneway=yes untuk kedua-duanya. Pastikan nod-nod disusun sebelah-menyebelah. Hal ini menandakan bahawa kedua-dua way tadi saling berkaitan.
Bagi menambah maklumat lanjut terhadap lebuh raya tersebut, tag-tag ini boleh ditambah:
- maxspeed=Nombor menandakan had laju lebuh raya
- name=Nama lebuh raya dalam bahasa Melayu
- ref=Kod rujukan
- lanes=Nombor bilangan lorong setiap hala
Keadaan khas
- highway=trunk_link untuk lorong susur untuk masuk dan keluar lebuh raya
- bridge=yes sekiranya jambatan dibina di bahagian jalan raya yang tertentu
- tunnel=yes sekiranya jalan raya melalui terowong khas
Contoh
Sampel | Contoh tag |
---|---|
Lebuhraya Tebrau |
highway=trunk |
Lebuhraya Persekutuan |
highway=trunk |
Senarai lebuh raya sesuai dengan tag highway=trunk
Sumbang saran boleh dibawa bincang dalam forum.
Kod rujukan | Nama jalan | Rencana Wikipedia |
---|---|---|
Lebuhraya Pan Borneo apabila telah disempurnakan | Lebuhraya Pan Borneo | |
Lebuh Raya Persekutuan Lebuh Raya Persekutuan | Lebuhraya Persekutuan | |
Jalan Lingkaran Tengah 2 Jalan Lingkaran Tengah 2 | Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur | |
Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya | Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya | |
Jalan Kuala Perlis - Changlun Jalan Kuala Perlis - Changlun | Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis | |
Lebuhraya Bayan Lepas | Lebuhraya Bayan Lepas |