Ms:Pick your mapping technique
(Redirected from Ms:Pick your data collection technique)
Jump to navigation
Jump to search
Anda boleh menambah perincian apa-apa jua dalam beberapa kali percubaan, dengan pelbagai peralatan pada satu-satu masa
- seandainya anda berada hampir di kawasan yang anda mahukan butir-butir yang lebih terperinci, maka anda dicadangkan untuk membuat tinjauan beberapa kali
- bukan semua teknik boleh digunakan dalam keadaan cuaca yang tertentu, jadi gabungkanlah berbagai-bagai jenis teknik
- jikalau anda berada di kawasan dengan mempunyai capaian rangkaian yang terhad, anda mungkin lebih menyukai peralatan dan editor luar talian (offline) - meskipun ia lebih kompleks, tetapi mungkin lebih boleh dipercayai dan membuatkan kerja lebih pantas
- asas tugas anda terbahagi kepada dua:
- anda perlu mengetahui perkara-perkara (nod dan way) berada di mana
- anda perlu mengetahui apa yang di sebalik perkara-perkara tersebut (tag); misalnya titik pandang utama (point of interest, POI), nama jalan dan jenis jalan.
Anda boleh melakukan kerja pertama dan kedua ini mengikut tertib, atau kedua-duanya secara serentak, namun kerja kedua mungkin hampir mustahil tanpa hasil kerja pertama.
Teknik-teknik (sepintas lalu)
Untuk perincian lengkap, anda bolehlah merujuk Category:Data collection technique (en).
Gunakan ingatan
Anda mungkin sudah sedia tahu, maka teknik-teknik lain sudah tidak memadai kerana anda sememangnya mahir tentang selok-belok kawasan anda ataupun anda baru sahaja telah membuat tinjauan. Sedikit petua:
- Elakkan pengetahuan lama yang telah lapuk (walaupun anda telah lama tinggal di suatu kawasan, dunia boleh berubah sekelip mata dan pengetahuan masing-masing dengan mudahnya ketinggalan zaman)
- Elakkan agak-mengagak dan teka-meneka
- Tandakan sebarang anggaran dengan tag note=*(en) atau fixme=*(en).
- Gunakan tag yang lebih umum misalnya highway=road, building=yes, atau shop=yes, daripada menggunakan gabungan tag yang lebih spesifik.
- Letakkan tag sementara seperti source=Bing sekiranya ciri-ciri objek tidak dapat dilihat dengan jelas, kecuali dengan penggunaan gambar satelit (dalam contoh ini, Bing).
- Berikan penerangan ringkas tentang objek yang berubah di alam nyata
- nota(en) ringkas tetapi bermakna akan menolong anda dan juga pengguna-pengguna lain ketika dalam proses
- meletakkan komen set perubahan (changeset) yang baik(en) agar anda tidak perlu bergantung kepada gambar satelit semata-mata
- Cuba elakkan perubahan yang terlalu besar tanpa pengetahuan terkini di suatu tempat
- seeloknya berbincanglah terlebih dahulu dengan komuniti pemeta tempatan sebelum membuat perubahan ketara yang besar melalui saluran perhubungan(en)
- cuba berikan sebab-sebab di sebalik penghapusan objek, atau buat set perubahan (changeset)(en) khusus dengan komen yang bermakna
- cuba elakkan suntingan terautomasi(en), dan setiap suntingan terautomasi hendaklah dibuat dengan penuh berjaga-jaga(en)
Catatan atau lakaran
- Skil atau bakat melakar yang baik membolehkan anda merekod segala butiran terperinci
- Tidak memerlukan kos yang tinggi, dan juga boleh dibuat dalam apa-apa jua keadaan cuaca sekalipun (pensel boleh diguna antara suhu -60°C dan 40°C). Pastikan kertas tidak basah atau terkoyak dan seumpamanya.
Kamera video
- Artikel utama: Videomapping(en)
Anda boleh menggunakan rakaman kamera video yang mungkin tidak serumit peralatan-peralatan elektronik yang lain.
Menggunakan log surih (tracelog) pandu arah satelit
Lazimnya log surih yang dihasilkan berkualiti rendah (~ 7 meter). Petua-petua:
- Mungkin masukkan terlebih dahulu jalan-jalan utama buat kali pertama di kawasan pemetaan anda
- Dalam proses memasukkan lebih banyak perincian, log surih ini mungkin menjadi semakin tidak relevan (misalnya denai-denai jalan kaki dan halangan-halangan yang jauh lebih kecil daripada perincian ~ 7 meter)
Seterusnya
- Penggunaan log surih alat pandu arah satelit - (sampingan) sekiranya anda mahu berbuat demikian
- Menyurih fotografi udara - (sampingan) sekiranya anda mahu berbuat demikian
- Sunting data OpenStreetMap - penjelasan model data OpenStreetMap, tajuk utama selanjutnya