Ms:Bimbingan orang baru

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search

Halaman ini sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan bagi memasukkan data ke dalam OpenStreetMap dalam bahasa Melayu. Anda boleh juga merujuk panduan dalam versi bahasa Inggeris yang mungkin jauh lebih terperinci dan sering dikemas kini dari semasa ke semasa.

Anda memerlukan sebuah peranti (misalnya sebuah komputer) yang dilengkapi sambungan Internet. Di samping itu, peruntukanlah masa lapang yang sesuai untuk kerja-kerja pengumpulan maklumat dan memasukkannya ke dalam OpenStreetMap.

Sebuah unit GPS (dengan kabel aksesori berkaitan) adalah tidak penting, melainkan anda memilih untuk mengumpulkan maklumat dengan perkakasan tambahan tersebut. Diingatkan bahawa kebanyakan tempat berpenduduk di seluruh Malaysia mempunyai liputan fotografi udara (atau gambar satelit) yang agak baik, maka unit GPS mungkin tidak diperlukan langsung.

Kaedah mengkhatam panduan

  • Tajuk penting (rujuk di bawah) akan mengambil masa antara 5-10 minit. Kesulitan dan kesabaran anda buat masa ini adalah sungguh penting buat kecekapan pada masa hadapan!
  • Apabila anda sudah menghabiskan tajuk ini dan ingin memulakan tajuk seterusnya, gunakan pautan di bahagian dengan tajuk kecil Seterusnya atau pilih tajuk melalui panel di sebelah kanan. Tajuk yang ditebalkan ialah tajuk yang anda sedang baca.
  • Anda boleh melangkau tajuk-tajuk yang tidak diwajibkan (ditanda sampingan). Bahagian ini boleh memakan masa sehingga 20 minit, namun anda mungkin terlepas maklumat yang agak penting.
  • Jangan gopoh! Anda boleh habiskan atau baca semula panduan ini pada bila-bila masa.

Tajuk penting

  • Sertai komuniti OpenStreetMap.
  • Kumpulkan maklumat dengan unit GPS atau cara-cara lain.
  • Muat naik data GPS (abaikan andainya anda tidak menggunakan GPS).
  • Sunting peta untuk membuat perubahan dalam OSM.
  • Sunting data, masukkan tag dan muat naikkan sebarang perubahan.
  • Lihat hasil usaha dalam peta.
  • Tidak lupa juga, belek rujukan-rujukan dan juga mulakan langkah seterusnya melibatkan tutorial lain yang sangat membantu.

Seterusnya